Everything's
‾‾‾‾‾‾ noʎ ǝʌol ı
landslide
Kolej kemahiran tinggi Mara di Rembau berdepan risiko tanah runtuh
REMBAU: Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh.
Pegawai Jurutera Mara negeri Mohd Haizullah Ibrahim berkata, tanah cerun tersebut yang terletak kurang lima meter dari bangunan kediaman kakitangan kolej sudah bergerak sehingga menyebabkan "retaining wall" atau tembok penahan retak dan longkang pecah.
"Kita memang sentiasa melakukan pemantauan ke kawasan ini dan hujan yang agak lebat kebelakangan ini, kita telah mengesan ada pergerakan tanah pada 3 Nov lalu.
"Keadaan ini bukan hanya menyebabkan retaining wall retak, malah bangunan kediaman kakitangan juga retak selain jalan berhampiran menjadi tidak rata," katanya kepada pemberita semasa lawatan Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek ke kawasan itu, hari ini.
Mohd Haizullah berkata, pihaknya telah melakukan kajian ke atas tanah cerun tersebut di mana ia mempunyai keluasan lebih 7.5 hektar dan ketinggian antara 50 hingga 60 meter.
"Kecerunan tanah pula adalah antara 32 hingga 42 darjah dan tanah cerun ini adalah jenis tanah kaolin atau tanah liat putih di mana ia menyerap air dan disimpan di dalamnya," katanya.
Katanya, walaupun pada masa ini pihak kolej sedang melakukan kerja-kerja pencegahan termasuk membaik pulih tembok penahan, namun hujan lebat yang membawa kepada pergerakan tanah boleh menyebabkan ia runtuh tanpa diduga.
Katanya, Institut Kerja Raya Malaysia juga akan melakukan kajian ke atas kawasan itu hari ini dan KKTM juga akan mendapatkan pandangan Jabatan Kerja Raya mengenai situasi itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Hasan berkata selepas mengetahui ancaman tersebut, pihak kolej telah mengambil langkah dengan mengarahkan semua kakitangan untuk mengosongkan kediaman mereka pada 4 Nov lalu.
"Saya difahamkan bangunan ini didiami oleh 11 keluarga kakitangan kolej ini dan mereka sudah mengosongkan kediaman, kerana kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya.
KKTM Rembau mula beroperasi pada 2008 yang menempatkan 89 kakitangan dan 360 pelajar yang mengikuti lima program diploma. - BERNAMA
http://www.hmetro.com.my/articles/KolejkemahirantinggiMaradiRembauberdepanrisikotanahruntuh/Article/
Kolej KKTM Rembau diancam tanah runtuh
REMBAU - Sebanyak 11 buah kuartes kakitangan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau (KKTM) di sini terpaksa dikosongkan berikutan pergerakan tanah cerun berhampiran bangunan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Arahan pengosongan bangunan tersebut melibatkan seramai 11 keluarga yang terpaksa berpindah sementara ke rumah lain bagi mengelak kejadian lebih buruk.
Pengurusan KKTM mengeluarkan arahan itu selepas melihat kuarters yang didiami kakitangannya mula terancam berikutan struktur tanah yang tidak stabil.
Jurutera Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Mohd. Harzullah Ibrahim menjelaskan, selepas struktur tanah di kawasan cerun berkeluasan 7.5 hektar mula bergerak, ia meretakkan dinding cerun.
"Kita dapati ia berpunca daripada kadar taburan hujan tinggi sejak beberapa hari lalu selain keadaan tanah jenis kaolin atau tanah liat putih yang menyerap air di kawasan berketinggian lebih 50 meter itu.
"Jika keadaan ini berterusan, maka berlaku pergerakan air yang serius dalam tanah dan akan menyebabkan struktur tanah tidak stabil dan membahayakan," katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
we're nothing !
BLOGGER GIRL
No Coupling Here ! TITIK NOKTAH !
Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Sekalian
no coupling here !
must remember that word !
lalalalalaallalala~~~
ini je nak tulis
bubbye !
take care guys !